Lama kak diha tak updates apa-apa Kat blog ni kan? .... X sempat nak menaip, X sempat nak bercerita tapi hari ni kak diha ada masa so bolehla kak diha share sikit pengalaman kak diha pergi umrah minggu lepas....
Awak tahu, best sangat pergi ke tanah suci, rasa tak nak balik malaysia. Sungguh, perasaan rindu nak ke sana lagi, dan itu doa kak diha, untuk ke sana lagi... Amin
Hari ni kak diha X mau Citer lagi pasal Suasana Kat madinah ngan makkah tapi kak diha nak cerita berkenaan persiapan kak diha Sebelum ke tanah suci.
Sebulan Sebelum berangkat ke makkah, Kak diha ngn keluarga Memang disarankan amik vaksin omra dulu. Dan sememangnya, wajib untuk semua jemaah.
Kak diha sarankan korang yang nak ke tanah suci tu amik awal 2 bulan sebelum berangkat. Bukan apa, sesetengah orang lepas amik vaksin omra ni, dia demam atau jadi tak sihat badan. Macam kak diha sampai masuk wad jugaklah ritu. Sedikit risau jugaklah time tu. Tapi alhamdulillah, semua sihat je time berangkat ke sana.
Passport. Yang ni memang nak tak nak memang kena buat. Kalau x, X boleh nak ke luar negara.
Paling lewat korang kena buat 2 minggu sebelum berangkat sebab nak kena bagi kat agensi yang kita pergi tu, senang diaorang nak uruskan visa kita nanti. Bayaran untuk buat passport ni rm200 dan boleh p kat imigrisen. Memang diorang bukak sampai malam. Huhu
Gambar. Make sure latar belakang gambar passport tu warna putih ye, kalau warna biru tu, bukan. Ukuran saiz gambar lebih besar sedikit berbanding yang biasa kita buat tu. Ala, korang cakap je kat kedai tu korang nak buat gambar untuk umrah, memang orang kedai tu tahu, biasanya, pihak agensi nak 4 keping.
Oh, by the way, salinan ic tu perlu ye. Dan satu lagi surat akuan sumpah dan surat beranak . Kedua2 Surat ni hanya untuk mereka yang belum berkahwin macam kak diha ni😉 uhuk...
Dan yang paling penting ilmu sebelum mengerjakan ibadah umrah.
Ilmu ni, kita boleh kutip kat mana2 ja, melalui buku, kursus umrah yang pihak agensi buat tu atau melalui video kat you tube... Ketiga2 saluran ni kak diha buat. Sekarang ni, ilmu hanya kat hujung jari ja. Nak tak nak je 😉
Dan yang paling last kak diha buat adalah packing... Huhu
12 hari termasuk hari pergi dan balik so korang pepandai la susun strategi berapa banyak baju yg korang nak bawak. Kak diha bawak 5 helai jubah, 3 psg telekung solat, 4 psg sarung kaki, 3 psg stongan, 1 helai sejadah, base on experience better korang bawak 2 helai sejadah, Kak diha X mau cakap Kenapa, korang p Sana korang faham la Nnt.
Maaf, kasut kak diha nampak cam brutal sikit kan, tapi sebenarnya x nampak pun bila pakai. Kak diha bawak kasut dan selipar ja. Kasut ni, Kak diha start pakai dari rumah lg, waktu ziarah Or riadah memang kak diha pakai kasut ja. Selipar, Kak diha pakai untuk ke masjid ja.... Kak diha Senang macam tu... Kalau korang, kak diha X taw.... Kak diha cuma share ja apa yang kak diha bawak n pakai.
Okeylah... Dah banyak tu kak diha cerita... Nanti kak diha sambung lagi neh...






No comments:
Post a Comment