Blog Archive

Tuesday, 28 February 2017

Umrah part 2

Sambungan yang Aritu.....

Okey,  perjalanan dari KLIA ke Jeddah ambil masa lebih kurang 8 jam setengah dan Ianya bergantung kepada Cuaca.  Masa kat diha p aritu  lebih 9 jam jugaklah duk dalam kapal terbang tapi alhamdulillah semuanya okey je....

Emmm... Time tu kak diha naik MAS. So sejam pertama macam biasala, pramugari akan hidang nut and orange juice.  X berapa lama lepas tu, diorang akan hidang makanan macam Kat gambar bawah ni.


Korang jangan risaula pasal makanan neh, sebab sepanjang atas flight tu, korang memang akan kenyang...  Cuma makanan tu mungkin la berbeza sedikit dengan selera korang.... Huhu.... Sekali sekala try masakan yang lain  apasalahnya kan๐Ÿ˜‰

Kak diha sampai airport Jeddah lebih kurang 9 pm Lebih waktu tempatan....



Turun flight ja terus kena naik bas untuk sampai ke terminal...  Kawasan Airport jeddah besau nau nau...  So memang kena naik bas la... 5 minit ja kalau driver x silap jalan... Uhukuhuk...



Sampai kat terminal,  kalau asa yang nak melepas ka, apa ka,  baik p... Perjalanan untuk ke madinah jauh lagi ni... Oh, by the way,  Kak diha p madinah dlu neh...  So it's depend pada agensi yang korang p... Setengah tu p makkah dlu baru p madinah tapi agensi kak diha, dia bawak p Madinah dlu... Mana2 pun sama...  Bandar nabi...


Next,  imigrisen Arab saudi...
  Yang ni, memang lama sikit...  Kena beratur... Time ni memang korang boleh lihat macam2 fesyen kat sini. Maksud kak diha, Kak diha ralit duk tengok jemaah dari indonesia, diorang kan pakai sedondon, macam2 kaler diorang pakai ikut agensi yg diorang pegi... Hehe...



Gambar ni time kak diha dah siap beratur, cop tangan ngn ambil gambar semua.... Make sure passport tu korang pegang neh sebab Nanti pihak imigrisen mintak,  X la kelam kabut sangat nak cari๐Ÿ˜

Fuhhhh... Lega...  Dah siap....Kak diha memang pakai mask ni start dari atas flight lagi...  Untuk pencegahan sebab kak diha ada  asma... Hehe...   Sekotak mask kak diha bawak ni... Korang taw apa...  Time ambik gambar kak diha bukakla then kenyit mata kat pegawai imigrisen tu... Haha... Gurau la deknon...... ๐Ÿ˜‰

Oh... Cuaca kat madinah time ni sejuk sampai ke tulang. Orang yang kurus keding macam kak diha ni pepaham la ye... Baju sejuk itu perlu๐Ÿ˜

So,  next,  mutawiff suh p solat asar sebelum naik bas terus ke madinah.  4-5 hour to go.. Fuhhh...

Seronok tak kak diha bercerita ni....  Rasanya dah detail... Hehe..

Nanti kak diha sambung perjalanan kak diha ke madinah plak ye....  Panjang lagi ni.... Huhu





 

Sunday, 26 February 2017

Persiapan umrah untuk pertama kali

Assalamualaikum...

Lama kak diha tak updates apa-apa Kat blog ni kan? ....  X sempat nak menaip, X sempat nak bercerita tapi hari ni kak diha ada masa so bolehla kak diha share sikit pengalaman kak diha pergi umrah minggu lepas....

Awak tahu,  best sangat pergi ke tanah suci,  rasa tak nak balik malaysia.  Sungguh, perasaan rindu nak ke sana lagi, dan itu doa kak diha, untuk ke sana lagi... Amin

Hari ni kak diha X mau Citer lagi pasal Suasana Kat madinah ngan makkah tapi kak diha nak cerita berkenaan persiapan kak diha  Sebelum ke tanah suci.

Sebulan Sebelum berangkat ke makkah,  Kak diha ngn keluarga Memang disarankan amik vaksin omra dulu.  Dan sememangnya, wajib untuk semua jemaah.



Kak diha sarankan korang yang nak ke tanah suci tu amik awal 2 bulan sebelum berangkat. Bukan apa,  sesetengah orang lepas amik vaksin omra ni,  dia demam atau jadi tak sihat badan.  Macam kak diha sampai masuk wad jugaklah ritu. Sedikit risau jugaklah time tu.  Tapi alhamdulillah,  semua sihat je time berangkat ke sana.

Passport. Yang ni memang nak tak nak memang kena buat.  Kalau x,  X boleh nak ke luar negara.

Paling lewat korang kena buat 2 minggu sebelum berangkat sebab nak kena bagi kat agensi yang kita pergi tu, senang diaorang nak uruskan visa kita nanti. Bayaran untuk buat passport ni rm200 dan boleh p kat imigrisen. Memang diorang bukak sampai malam. Huhu


Gambar.  Make sure latar belakang gambar passport tu warna putih ye, kalau warna biru tu,  bukan.  Ukuran saiz gambar lebih besar sedikit berbanding yang biasa kita buat tu. Ala,  korang cakap je kat kedai tu korang nak buat gambar untuk umrah,  memang orang kedai tu tahu,  biasanya, pihak agensi nak 4 keping.

Oh,  by the way,  salinan ic tu perlu ye. Dan satu lagi surat akuan sumpah dan surat beranak . Kedua2 Surat ni hanya untuk mereka yang belum berkahwin macam kak diha ni๐Ÿ˜‰ uhuk...

Dan yang paling penting ilmu sebelum mengerjakan ibadah umrah.

Ilmu ni, kita boleh kutip kat mana2 ja,  melalui buku,  kursus umrah yang pihak agensi buat tu atau melalui video kat you tube...  Ketiga2 saluran ni kak diha buat.  Sekarang ni,  ilmu hanya kat hujung jari ja.  Nak tak nak je ๐Ÿ˜‰

Dan yang paling last kak diha buat adalah packing... Huhu


 12 hari termasuk hari pergi dan balik so korang pepandai la susun strategi berapa banyak baju yg korang nak bawak. Kak diha bawak 5 helai jubah, 3 psg telekung solat, 4 psg sarung kaki,  3 psg stongan, 1 helai sejadah, base on experience better korang bawak 2 helai sejadah, Kak diha X mau cakap Kenapa,  korang p Sana korang faham la Nnt.


Maaf,  kasut kak diha nampak cam brutal sikit kan,  tapi sebenarnya x nampak pun bila pakai.  Kak diha bawak kasut dan selipar ja.  Kasut ni, Kak diha start pakai dari rumah lg, waktu ziarah Or riadah memang kak diha pakai kasut ja.  Selipar, Kak diha pakai untuk ke masjid ja....  Kak diha Senang macam tu...  Kalau korang, kak diha X taw....  Kak diha cuma share ja apa yang kak diha bawak n pakai.

Okeylah...  Dah banyak tu kak diha cerita... Nanti kak diha sambung lagi neh...

Assalamualaikum...

Sunday, 1 January 2017

Produk baru


Happy New Year guys๐Ÿ˜‰

Korang buat apa je hari ni? Diha Kat rumah je duk packing stock baru untuk brand madeehasoq... Korang nak tengok tak produk baru dari madeehasouq.


Cantik tak?  Dress labuh kanak2 tanpa lengan untuk umur 2-4 tahun. Polka-dot dress....  Diha guna material Japanese cotton yang high quality punya, memang confirm sejuk,selesa untuk kanak-kanak...

Dress ni simple ja, ada tali dibahagian belakang untuk ikat reben. Baru nampak sweet kan....

Oh lupa...  Mungkin ada yang tak tahu kan? Diha bekerja dari rumah je buat full-time online business.

Awak???

 Okeylah ... Nantilah kita sambung lagi.... Next post ye....  Kita simpan dulu.... Tata

Tuesday, 27 December 2016

My first writing

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

This is my first writing for my new blog named by madiha ariffin. I have a few account before but deactive since I don't like to share my life with others. For me, I had nothing to share. Never happiness or sadness.

Entah Macamana, suddenly I think to create my new blog for my new writting to fulfill my lonely time... Huhu

Actually,  blog is not only to share our life,love,activity,dll but can share everything in your mind.  It's like a diary, u just describe whatever in your mind make it as a words.  The different is blog can share with the public directly through internet....

So...  I would say that....  I need internet connection super fast... Haha..  Because I'm a part of blogger now... ๐Ÿ˜‰  Kuakuakua...


Opppsss...  Terupload gambar ikan keli masak berlado plak....


Jarang bebenor bila tanya "awak makan ikan keli berlado tak? " semua orang akan jawab suka sangat. Kan...  Jarang sangat jumpa yang tak suka nih.

Macam diha, kenal masakan ni time belajar kat university dlu. Masa tu ada sorang Mak cik ni, petang2 dia memang jual kat kawasan asrama.  As a student kan,  asyik makan kat dining or cafe pun boring jugak So apalagi beralih beli dengan Mak cik ni. Banyak jugak la dia jual,  antaranya nasi kerabu, nasi ayam pedas, kuih muih, Keropok, banyak la...  Petang2, bau asrama tu membuatkan diha kecur liur nak makan... Pada awalnya, diha beli nasi kerabu je.  Entah Macamana, tengok orang lain duk sibuk beli ikan keli berlado tu, diha apalagi, nak jugak try kan....  So beli la sebungkus.... MashaAllah....  Sedap weh... Rasa X Cukup ja nasi ni.... Allah maha hebat, Dia kasi kelebihan kat Mak cik ni Pandai masak....  Lepas dari hari tu memang repeat makan ikan keli....

U know what, my rumah kan tak pernah bau masakan ni until this year 2016, diha masak sendiri and resepinya google... Easy kan?   For the first time I'm cooking,  Emmm...  Rasanya 2 3 ekor jugak la,  kononnya nak famili semua rasa,

unfortunately,  diorang tengok je weh... I almost like blurr๐Ÿ˜’๐Ÿ˜’  yaaa.... Diorang semua x makan kot... Diha habeskan semuanya.... It's okey for me to eat all the ikan keli berlado but truly upset because xde geng.... Huhu...

I told my mum,  Kenapa x makan ikan keli yang diha masak ni, Ikhlas dari hati ni...  (muka Serius)... She just told me that geli....  Geli???  Emmm....   Xpela la mak so ikan keli dalam peti tu maknanya diha punyala kan... . Haha...

Ohhh.. By the way... For the first writing, I don't know what kind of cerita that I should karang...  No idea...  So sorry la, kalau ada yang tak suka... Lagipun, diha saja2 ja ni...  Nanti kita update pasal benda lain neh...

Pheeww......